Kisah Kasih KITA ♥ Kisah KU ♥: tip bercinta jarak jauh~

Sunday, May 16, 2010

tip bercinta jarak jauh~

hoyeah!
artikle sangat baik tok dikongsi~


kredit to bercinta.com


Anda ada kekasih tetapi si dia berjauhan pula dengan anda. Ouuh sedihnya. Tapi tahukah anda percintaan jarak jauh inilah membuatkan kita semakin rindu pada si dia, semakin sayang jugalah pada si dia. Dalam masa yang sama, tahukah anda jarak juga boleh membuatkan suatu perhubungan itu menjadi renggang?
Baiklah, mari saya kongsikan beberapa tips untuk pasangan cinta jarak jauh ini;
Email, Facebook, Skype, Chatting dll
Apa guna talian internet kalau tidak mahu berhubung dengan si dia. Tapi pastikan masanya tepat sebab anda sendiri tahu perbezaan waktu dunia (jika si dia di luar negara). Kalau begini caranya, memang setiap hari boleh ‘dating’ kan? Bagi saya secara peribadi, penggunaan email lebih ‘mujarab’. Boleh tulis panjang-panjang dan boleh simpan. Bila terasa rindu, bukalah peti simpanan!


Hadiah Bermakna
Berikan dia sesuatu yang bermakna, begitu juga anda. Pastikan ianya adalah barang yang akan membuatkan si dia teringat pada anda. Lebih baik barang tersebut boleh dibawa kemana sahaja. Senanglah untuk anda ingat pada si dia, dan semoga si dia tidak akan melupakan anda. Insya-Allah..
Tanam Kepercayaan dan Kesetiaan
Bila sudah berjauhan pastilah kesunyian, bila sudah sunyi pastilah berfikiran yang bukan-bukan. Mulalah curiga pada si dia kan? Berjanji antara anda dan si dia bahawa betapa sayangnya anda padanya dan betapa percayanya anda pada si dia. Tetapi ingat, jangan percaya 100%! =P
Hindari Rasa Cemburu
Seperti yang saya katakan diatas, tanam kepercayaan tetapi selagi ada rasa cemburu yang kerap kiranya tidak bergunalah. Jangan terperangkap dengan racun cemburu yang amat setiap kali si dia ingin keluar bersama rakan-rakan yang anda tidak kenal. Kerana cemburu itu adalah toksid yang mudah melarutkan perhubungan!
Tetapkan Satu Standart Perhubungan Yang Dipersetujui
Ini baik untuk membina ikatan yang kuat antara kamu. Terapkan hubungan ini sebagai yang amat serius dalam hidup anda dan si dia. Menerima antara satu sama lain, praktikkan kepercayaan dan kejujuran, kesatuan rohani dan mengekalkan komunikasi terbuka.
Berbicara Tentang Masa Depan
Katakan yang pada akhirnya anda ingin hidup bersamanya. Yakinkan pada si dia bahawa perhubungan yang sedang anda bina ini bukannya sekadar suka-suka. Jadikan ia begitu bermakna untuk diri anda dan si dia. Ertikan bahawa hubungan anda dan si dia bukan sia-sia.
Berkorbanlah Sedikit
Tidak salahkan korbankan masa atau duit untuk berjumpanya seketika. Jadikan masa yang sempit itu sebagai sesuatu yang bermakna kerana rindu yang disimpan pasti akan ‘meletup’ jika dapat berjumpa dengan si dia. Tapi jangan salah anggap, bukan melepaskan rindu di atas katil ya!
Hakikatnya memang sukar untuk mengubat rindu yang tersimpan. Alahai..
Jarak memang menjauhkan jasad, tetapi selagi anda cinta padanya apalah erti jasad yang jauh jika sudah dekat di hati.



lots of LOVE
~cik_rara~





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments: