kredit to bebelsokmo.blogspot.com
tapi saya tertarik..hee
=)
pinjam ye artikle ni..
Kisah ini tidak ada kaitan dengan penulis, ini hanya luahan umum seorang isteri yang pemalu. hehehe...
Romantik?? ooo aper tuh....setiap perempuan mendambakan suami yang romantik kan?? Tapi kalau dapat yang tak romantik macam mana?? Macam mana nak suruh dia jadi romantik?? Korang sound dia direct atau korang pura pura merajuk. Kalau suami faham korang tengah merajuk then cuba gak pujuk pujuk sayang, takper laa...kalau yang tak faham macam mana kan. Kan tak pasa pasa suami sound...apsal awak ni? takde ribut takde hujan tiba tiba muncungkan mulut tak mahu cakap dengan saya. Oleh sebab ego...lantas kita tak mahu jawab soalan suami. Suami tinggal dalam keadaan kebingungan. Otak lelaki tak complicated macam perempuan. Otak perempuan memang complicated. Kalau boleh dia nak suami dia faham faham sendiri tanpa perlu dia memberitahunya. Ada faham wahai lelaki?
Inilah perasaan segelintir perempuan:
1) Bila dia mengadu sakit, macam sakit tekak ke, demam ke, sakit perut ke...sang suami buat buat la caring sikit. Jangan aaa buat buat tak dengar atau amik ringan aje. Mungkin dalam kepala sang suami "ooo...sakit perut jerk, boleh jalan lagi tuh....". Sang suami masih sibuk dengan laptopnya tidak bertanya kembali pada sang isteri. Ketika suami sakit, isteri menjaga suami macam jaga baby...sayangnya terhadap suami. Tapi bila isteri nak manja manja time sakit??? gini laks citernya... Akibatnya : Sang isteri makan hati berulamkan jantung.
2) Hari hari istimewa boleh lupa. Perempuan nih halus jerk perasaan dia. Kalau boleh semua hari istimewa dia nak sambut. Korang orang lelaki boleh pulak lupa. Ada kebanyakkan isteri bukannya mahukan hadiah yang mahal. Tak mahu susahkan suami. Tapi at least bagi laa benda yang nampak comel dan romantik yang boleh buat hati isteri seronok dan gembira. Tak pun bawak laa isteri jalan jalan di tepi tasik bermandikan cahaya lampu yang romantik gitu. Tak pun candle light dinner yang sangat romantik. Jangan kedai mamak sudah.
3) Time tengok TV. Ada sang suami yang ketika menonton TV atau movie die terlalu leka dengan cerita itu. Almaklumlah cerita transformer tu cerita kegemaran dia. Dah lama nak tengok. Isteri kat sebelah sedang menunggu sang suami memeluknya dengan manja sambil menonton cerita kegemaran. Tapi sang suami ini tak faham. Isteri kat sebelah asyik fikir..Suami aku nih kalau dah tengok TV leka sampai aku kat sebelah pun dia tak peluk. GRRRRRRRRRRRRRR.. (opsss.....ini untuk cerita orang sudah kahwin).
4) Sekali sekala ketika tengah bersahaja atau ketika waktu lapang apa salahnya sang suami bagi ciuman manja gitu dekat pipi isteri yang tengah lipat kain depan TV ke.....Romantik gituh....Kalau isteri tengah bad mood tiba tiba suami dia cium kat pipi manja manja gitu mesti bad mood atau ketakpuasan hati terhadap suami yang sebelum sebelumnya jadi hilang. Kan? kan? kan?.
5) Perempuan ni bagi dia bercakap tu adalah luahan perasan dia. Ketika lepas waktu kerja kadang kadang perempuan nak ada seseorang yang dapat mendengar luahan dia. Atau bertanya are you OK today?.Sekali sekala sang suami cuba lah pula bertanya kat isteri...ok tak hari ni??. Ini tidak bila sampai jer rumah, sang suami pergi main game. Tak pun tengok bola tanpa mempedulikan perasaan sang isteri yang ketika itu tengah gundah gulana. Kesian isteri....kebanyakkan isteri bekerja untuk membantu kewangan suami. Sang suami harus sedar hakikat pengorbanan isteri. So, lelaki harus peka terhadap perasaan isteri. Perempuan ni sensitif sangat.
6) Untuk pasangan yang sudah mempunyai anak. Apabila balik kerja, isteri penat suami pun penat. Isteri mestilah nak kena jaga anak anak kan. Bersihkan anak yang masih kecik. Nak kena siapkan susu. Sekali sekala sang suami tolong tolonglah isteri kan. Apa salahnya masak untuk isteri ke. Romantik gituh..bukan hanya tengok TV and baca surat khabar. Isteri kena siapkan semua. Isteri pun manusia. Bukan robot!!!....
7) Apabila isteri memasak masakan untuk suami, tak kira lah nasi goreng aje ker...atau yang istimewa. Ringan ringan kan lah mulut cakap..."sedapnya masakan sayang ni, kalah kedai mamak"....Tak payahlah isteri kena tanya dulu. "Bang, sedap tak sayang masak??"...huhuh....
sekian~
p/s : jangan dikejar bintang di langit~
hikhik..jgn nak demand sangat~
=D
walau tak kawen lagi..entri ni sesuai untuk bacaan..
juz jgn otak kuning~
hohoho


No comments:
Post a Comment